Selasa, 22 Mei 2018

MAK

Assalamualaikum & salam sejahtera misskatahati ucapkan....

Lama tidak bersiaran :) 
di bulan yang mulia ini misskatahati ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada hangpa semua...diam tak diam dah masuk ramadan yang ke 6 bagi tahun 2018...begitu cepat masa berjalan.....biasalah misskatahati sibuk sikit akhir akhir nie....dengan tempahan cookies, kerja pejabat, urus keluarga (husband & anak-anak) dengan mak misskatahati pula jatuh sakit :(

Entri kali ini istimewa Khas untuk bonda misskatahati :)
bila mak jatuh sakit...sungguh kakak takut akan kehilangan mak :( mak adalah segalanya bagi kakak mak besarkan kakak tanpa kenal erti penat namun tidak pernah minta dibalas :)


GET WELL SOON MAK :(


10 May 2018 sedang misskatahati berada dirumah misskatahati dapat panggilan talifon dari mak misskatahati.... Mak minta tolong bawa mak pergi hospital katanya dah tak larat sangat....sehari sebelum tue mak ada talifon katanya demam mak rajin call anak dia....tapi anak dia liat nak call hehehe......mak minta call kan uber tuk p hospital memang misskatahati tak bagi la....terus tipu sunat cakap tak ada no. uber hehehe....sorry mak tipu sunat :) kalau naik uber sapa yang nak urus pendaftaran nanti....minta mak bersabar kakak terus keluar rumah untuk pick up mak untuk dibawa ke hospital....bawa anak anak semua....dalam hati berdoa moga mak dapat bertahan....perjalanan dari rumah misskatahati nak ke rumak mak makan masa 45 minit itupun kalau tak banyak kereta :( dari rumah mak nak ke hospital plak lebih kurang 1 jam perjalanan...bayangkanlah betapa takutnya misskatahati waktu itu...tapi husband relex je...huhuhu jela... nasib husband senyap je bila misskatahati membebel....tak senang hati selagi mak tak ada depan mata :(

Bila sampai je kat depan rumah tanpa berlengah terus terjah masuk rumah....mak tengah terkulai layu kt depan ruang tamu...sayu hati melihat keadaan mak....bila misskatahati pegang tangan mak nak pinpim mak bangun untuk ke kereta baju mak basah lencun macam kena air hujan !!! bila tanya basah kenapa mak cuma cakap peluh.....Allah banyaknye peluh sampai lencun baju....nasib adik lelaki cuti sem dia tolong jaga nenek dan anak buah misskatahati sewaktu mak mendapatkan rawatan....sian umaq nagis nak ikut mak long ingatkan mak long datang nak bawa jalan jalan :) sorry umaq lain kali kita jalan jalan ye....

Sampai je kat kecemasan kakitangan Hospital tanya sakit apa...mak pun cakap dia batuk sesak nafas nak jalan tak larat mak cakap saya rasa saya HYPO.....n nurse laky tue habaq (x ingat lelaki panggil apa :) so panggil jela nurse hahaha) mak cik p daftar kt zon hijau tunggu nama panggil....kebetulan kerusi roda plak habis...mak cakap saya tak larat ...cakap pun sangkut sangkut nie nak suh jalan :( nurse tu tanya tak boleh jalan langsung ke mak cik...adoila cik abang woi...my mom memang la badan besaq tapi agak agak la....dah memang tak larat nak buat lagumana (tepuk dahi jela misskatahati) and nurse tu cakap mak cik duduk la sini dulu n nurse tu pun berlalu pergi....kami pun tunggu la....kemudian nurse tadi datang bersama kerusi roda....tersenyum misskatahati ucap syukur kerana ada kerusi roda n thanks pada abang nurse tu yang p cari kerusi :)

Dipendekkan cerita tekanan darah mak tinggi 2++  kena masuk tiub air kencing sbb kaki mak bengkak sangat di sebabkan berlebihan air dalam badan....pasang tiub supaya mak boleh flash out air yg berlebihan....kena pakai oksigen sebab susah nak nafas.....hari ke tiga kena masuk darah kerana darah mak cair (darah kurang) dan doc bagitahu nak scop untuk mencari punca kenapa darah mak kurang (takut ada luka di bahagian dalam yang menyebabkan darah hilang) 2 bag mak kena masuk darah :( pejam celik pejam celik seminggu jugak mak duduk hospital alhamdullilah sehari sebelum puasa mak boleh keluar...ubat jangan cerita la 1 bag plastik nk kena makan hari hari :(



1 bag plastik ubat mak!!!

* UPDATE*

Sepanjang bulan ramadan 2 3 kali mak kena pergi hospital dan doc melarang mak berpuasa kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mak berpuasa..... Mak kakak doakan agar mak sentiasa kuat dan tabah hadapi kehidupan...walaupun mak dah diketegorikan sebagai OKU  (penglihatan) (mata kabur teruk )sudah tidak nampak dengan jelas ibarat tunggu masa untuk menjadi buta (minta dijauhkan) tetapi mak tetap kuat untuk menjalani kehidupan....

MAK, KAKAK SAYANG MAK......

Khamis, 26 April 2018

COOKIES FOR RAYA :)

Assalamualaikum...

bulan puasa bakal menjelma,
sebulan kita berpuasa, 
Habis puasa datangnya  raya, 
jgn dilupakan kuih raya

♥ Bella cookies & Chocolate ♥ 

# Order perlu dihantar sebelum 11 May 2018
# Sample akan diberikan melalui wassap (gambar) dan kuih sebenar.
# Tester akan diberikan jika stock masih ada.
#  kuih raya akan smpai ditangan anda pada 2 minggu selepas puasa        (2 Jun-3 Jun) atau pada bila2 tarikh sebelum raya.
# Sample akan diberikan bermula 27 April.
# Sebarang pertanyaan boleh terus wassap ke no 017 2785402
Terima kasih kerana sudi membaca.
Anda dialu alukan untuk membeli kuih raya dgn Bella cookies & Chocolate. 

Bella Chocolate & Cookies hanya tumpu pada 2 Biskut sahaja Agar kualiti terjamin✌✌✌

* Chocolate Cookies RM20
* Almond Cluster RM22


      ❤ Bella Chocolate & Cookies ❤
✌ Sedap, harga berbaloi, rasa insyaAllah puas hati ✌

Khamis, 5 April 2018

IKHTIAR HAMIL BERSAMA VIRGIN CARE (INSYAALLAH)

INSYAALLAH...SAMA SAMA BERUSAHA UNTUK HAMIL

assalamualaikum sahabat sahabat misskatahati seperti yang anda lihat tajuk entry kali ini ikhtiar hamil bersama virgin care :) soooo misskatahati nak story morry sikit la pasal virgin care nie :)

banyak sebenarnya kegunaan & faedah virgin care nie untuk kita para wanita nie tapi kali nie misskatahati nak fokus pada iktiar hamil dulu yang lain nanti misskatahati up ye...so stay tune ;)



IKHTIAR HAMIL DENGAN VIRGINCARE

Macam mana nak hamil seandainya anda tidak menjaga keadaan dalamam anda??? 
masalah masalah seperti keputihan melampau, period tidak teratur, rahim tidak kuat, rahim tidak subur akan menghalang dari anda untuk hamil :(

jadi anda seharusnya merawat dahulu segala masalah yang akan menganggu rawatan ikhtiar hamil anda :)
InsyaAllah dengan izin Allah keajaiban akan berlaku.....misskatahati nak pinjam kata kata dari blogger yang misskatahati tak kenali & misskatahati tertarik dengan ayat empunya blogger tu petikan berbunyi seperti ini
"Anak adalah rezeki dari Allah..Sekuat mana kita berusaha, jika belum ditakdirkan memiliki rezeki tersebut..Maka bersabarlah.."

Ya!!!! Usaha, Usaha, Usaha dan Usaha!!!!
jangan pernah berputus asa untuk mencuba misskatahati mungkin diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membantu anda berusaha dengan VIRGIN CARE :)
Setiap orang lain lain masalah ada yang sudah cuba sebotol terus hamil ada yang cuba stater pack sahaja sudah berjaya hamil dan ada jugak yang mengamalkan virgin care dengan 3 botol penggunaan berjaya hamil...sebab tue misskatahati kata JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA....badan kita tidak sama jadi tindak balas pun tidak sama :) apapun setelah ikhtiar kembalilah kepada Allah S.W.T berserah kepada-Nya banyakkan berdoa bersedekah...moga diberi peluang untuk anda mempunyai zuriat sendiri suatu hari nanti....Insyaallah..... :)




INFO LANJUT PENGAMBILAN VIRGINCARE

Masalah keputihan & sngugut teruk :
Makan 3 biji sehari (insert 1 biji seminggu sekali utk buang sisa2 keputihan dan darah period)

Iktiar Hamil :
Makan 5biji sehari (2 biji pagi 3 biji malam)

Pengambilan Virgincare: SELEPAS SARAPAN @ MALAM SEBELUM TIDUR

!! Period boleh mkn (Xya stop)
!! Lepas insert X perlu keluarkan sbb ubat akan larut, Esoknya Baru meruang korek2 smpai kotoran keluar.
!! insert hanya utk yg dah berkahwin sahaja
!!Insert petang sblm bersama (Dijamin ketat persis dara)


untuk pertanyaan lanjut boleh je whatsap misskatahati :)
017 2785402











FACE OIL SERUM KINI BERWAJAH BARU :)

Assalamualaikum sahabat sahabat misskatahati....sihat sihat ke semua?? maaf lama misskatahati tak update blog...blog ada problem tak boleh masuk :) alhamdullilah nie dah boleh masuk balik...yeeaahhh...
okey entri kali nie misskatahati nak tunjuk kat hampa wajah baru face oil serum nie :) hehehe



FACE OIL SERUM FROM ELSARA :)



Haaaaaaaa...............comel je kan???
nak tau harga / detail kat bawah ye


FACE OIL SERUM
 RM 35.00

SM ADD ON RM 8.00 (POS)
SS ADD ON RM 10.00 (POS)


EL'SARA FACE OIL


A Great-Great Ever Moisturizer!!!

Agen pelembab kulit yg paling effective. Bagi anda yang memiliki jenis kulit kering dan sensitif, produk ini akan bekerja secara efektif jika dikombinasikan dengan krim wajah.

Mengurangi Kedutan Pada wajah

tanda-tanda penuaan dapat diatasi secara maksimal dengan face oil. kandungan di dalam produk face oil yang berfungsi menjaga elastisitas kulit hingga usia tua nantinya.

Sebagai Pembersih Wajah

Minyak telah terbukti mampu mengangkat sisa makeup dan kotoran secara tuntas. Di samping itu, face oil tidak akan membuat kulit terasa kering. Cukup usapkan face oil pada seluruh area wajah, lalu basuh menggunakan kapas atau bahan yg lembut

Mengatasi Iritasi Kulit

produk face oil memiliki kandungan anti-inflamasi. Kandungan tersebut membantu mengatasi peradangan, iritasi, serta kulit kemerahan dan terbakar.

Melindungi Kulit dari Radikal Bebas

Minyak memiliki sifat lipofilik atau mudah larut di dalam lemak. ia lebih mudah terserap jauh ke dalam kulit dan bekerja secara efektik. Bukan hanya itu saja, face oil juga dapat menangkal radikal bebas, racun, dan lain2.

Sebagai Makeup Primer
Ingin mendapatkan hasil makeup yg supep?  wajah dewy-look yang super glowing? Aplikasikan produk face oil sebagai makeup primer. Setelahnya, barulah Anda mengaplikan alas bedak secara merata.

Membantu Produk Skin Care Terserap Secara Maksimal

Aplikasikan face oil sebelum menggunakan krim pada wajah. Ia berfungsi untuk membantu penyerapan kandungan day cream, night cream, eye cream, ataupun anti-agin cream, lebih maksimal ke dalam kulit. Jika tak ingin memberikan kesan glowy, tuangkan 2-3 tetes face oil pada krim wajah yang akan di aplikasikan.






































Jumaat, 5 Januari 2018

AZAM 2K18

semua ada azam baru sempena  2K18? @ hangpa forward ja azam 2017??? x kisah mana pun kan janji x kacau orang kan??? :)

misskatahati pun ada azam....same like u all jugak....hahhaha....misskatahati doakan semoga azam kita semua tercapai ye....amin.....

azam 2K18 ????

hurm....azam miskatahati adalah : (ceh....cam banyak la plak azam dia kan huhuhu)

1) menjadi mama yang baik buat anak-anak mama


doakan misskatahati agar dapat menjalankan tanggungjawab yang telah Allah S.W.T berikan....sesungguhnya mereka adalah AMANAT yang perlu dijaga dengan sempurna.....
2) mencuba menjadi isteri yang baik untuk suami
   (maafkan saya d atas segala kekurangan saya)


sepanjang perkhawinan ini saya sedar kekurangan saya sebagai seorang isteri...awak tabah menjaga saya walaupun saya buat perangai......cukup bersabar melayan karenah saya....maafkan saya tidak cuba menjadi matang....sepanjang hubungan halal ini terjalin banyak kesalahan yang telah saya lakukan....awak tetap ada di samping saya dan anak-anak doa saya moga keluarga kecil ini dapat hidayah dan bahagia....INSYAALLAH.....

3) menjadi sahabat yang baik


terima kasih korang sudi bersahabat dengan misskatahati yang sentiasa blurr nie hehehe ^^
sudi bantu di saat misskatahati perlukan korang.....tak sombong berkongsi ilmu memberi tunjuk ajar dalam segala hal....
korang memang awesome...... :)






moga kita bersahabat selamanya :)




4) moga dapat membalas jasa mak dan abah yang telah membesarkan misskatahati
sedar tak sedar mak dan abah dah makin berusia....kakak pun dah besar....huhuhu.......harapan moga mampu menjadi anak yang baik pada mak dan abah... moga kakak mampu menjaga mak dan abah....mampu berada di samping mak dan abah tak kira di waktu suka ataupun duka.....moga Allah S.W.T melindungi kedua ibubapaku dan memberi kebahagian dan hidayah di waktu hidup mereka.....kakak sayang mak ngan abah walau tak pernah kakak unkapkan kata-kata sayang itu....tapi jauh di sudut hati kakak mak ngan abah adalah orang yang paling kakak sayang dan hormati....



5) cuba menjadi contoh yang baik kepada adik-adikku


mencuba menjadi kakak yang baik mampu membantu adik-adik dan sentiasa bersama  :)
kakak sayang korang.....
(walaupun korang selalu peningkan kepala kakak korang nie ^^)



wokeylah tuejala azam misskatahati for 2K18.....moga azam korang pun tercapai ye.....


Selasa, 21 November 2017

BIG DAY ABANG HAKIM PART III (THE END)

PD!!!! here we come :)

bermulalah short vacation misskatahati with little family :)
yeah dah sampai :)

kami sampai lebih kurang 11.00 pagi bertolak awal pagi...tapi x boleh plak nk chek in awal sebab time check in kul 3.00 pm dah sampai awal kitaorang pun jalan jalan la dulu...hehehe
kami p rumah terbalik....okeylah not bad have fun....
mama have fun sampai lupa anak hahahaha


zombie heheheh

:) :)

prasan macho le tue ^^

adik mood x ok :( abang hakim takutkan adik!!!

adik sibuk nie banyak surat nak kena taip!!! xda masa nak foto foto nie^^

1 happy family


mama with anak anak ^^

adik tolak cepat!!!



stop!!! stop!!! stop!!!!


naik kapal

adik comel


family home :)

sengal time hahhaa

catch that heart

okey dari rumah terbalik kita p tgk burung unta plak....

abang hakim


^^

adik takut hehe

adik nak lari hahaha

peace yo


bird

akim with bird
papa with bird
okey selesai jalan jalan jam pun dah nak dekat kul 3 so trus p tmpat nak chek in :)

koridor area

agak menyeramkan sebab level nie hanya kitaorang je yang ada....huhu

pandangan pertama bila buka pintu

tempat review n komen pasal cocobay resort apartment nie

ruang dapur....syok cam rumah sendiri

ruang stor dia....barang semua boleh pakai

ruang tamu

bilik tidur

setal chek in kitaorg pun rehat rehat dulu............malam kita main bakar bakar deh


penat 1 hari jalan ^^

selfie ngan si kecik hahhaha


dah bagun tido sambung main ^^

sonok dia main belon

x dapat ngamuk hehehe

mama layan ayam bakaq dulu

yum...yum...hahhaha

okeylah short vacation nie....now back to normal life hehehehe PAPA NEXT TRIP PLZ.....!